Juru Terapi
Juru Terapi kami merupakan anak jati kelahiran negeri Perlis Indera Kayangan. Beliau berkelulusan Sijil Pengajian Perniagaan daripada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah dan berpengalaman menceburi bidang urutan semenjak kecil yang dipelajarinya daripada arwah neneknya yang berpengalaman dalam perbidanan dan urutan. Beliau terlibat secara serius dalam bidang urutan tradisional dengan menceburi kursus latihan di bawah Kolej Komuniti dalam bidang Urutan selepas bersalin dan penjagaan wanita berpantang.
Setakat ini, perkhidmatan yang diberikan telah melibatkan beberapa wanita berkerjaya, kakitangan kerajaan serta suri rumah. Pemilik spa dan butik kecantikan serta doktor Klinik swasta turut mendapatkan khidmat beliau kerana ingin mendapatkan urutan tradisional yang semakin dilupakan masyarakat.